Sunday, 14 August 2011

JUMLAH PENDUDUK

 JUMLAH PENDUDUK : 1589 Orang
       Lelaki :    824 orang
       Wanita:   765 orang

       Umur mereka dari < 1 tahun ~ > 80 tahun

AKTIVITI BULANAN KAMPUNG

Biro Agama:

AJK mesjid sentiasa mengadakan kuliah dua mingguan sekali yang di sampaikan oleh Tn Hj.
Abdulah Man. Manakala kuliah-kuliah lain diadakan mungikut keperluan. Ia disampaikan oleh ustaz- ustaz dari institusi pengajian tinggi spt. KUIS, SMAP dan lain-lain penceramah bebas. Diantara
mereka ialah:  Ustaz Don Denial, Ustaz Ismail Abdullah (KUIS), Ustaz Syakirin dll

AKTIVITI UTAMA PENDUDUK

KEGIATAN EKONOMI

  • Kerja Kerajaan
  • Kerja swasta
  • Pertanian
  • Penternakan
  • Lain-lain aktiviti yang menghasilkan pendapatan
 
Penternakan: 
Pertanian:

                                                                       Bengkel:

PETA LOKASI

PELAN LOKASI DAN TANDA ARAH


PANDU ARAH KAMPUNG





LATAR BELAKANG & SEJARAH

LATAR BELAKANG KAMPUNG

Kampung Rinching Hilir terletak di Daerah Hulu Langat. Sejarah Kampung Rinching Hlir bermula apabila kampung ini mula diterokai oleh pendatang peribumi yang berhijrah dari tanah Jawa dan Sumatra pada awal abad ke-18. Mereka terdiri daripada suku etnik Jawa dan Minangkabau. Hal ini dapat dibuktikan melalui terdapatnya nama-nama peneroka yang terpahat diingatan generasi  dewasa ini seperti Tok Riao, Tok Pulut, dan Pak Uting yang berasal dari suku Minang. Sementara nama-nama tokoh yang berasal dari tanah Jawa pula ialah Kiai Shukur, Hj Idris, Hj Sirat, Hj Sarkawi dan Hj Hussin .


Bentuk muka bumi Kampung Rinching Hilir terdiri daripada kawasan tanah pamah dan kawasan tanah beralun. Terdapat juga sungai-sungai kecil yang membentuk saliran. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Kampung Rinching Hilir pula ialah tanaman buah-buahan , kebun getah, kebun tebu dan pisang. Selain itu, aktiviti penternakan seperti menternak lembu dan kambing juga dijalankan di kampung ini.

SEJARAH

Sejarah ini membuktikan bahawa Kampung Rinching Hilir adalah sebuah kampung yang didiami oleh dua etnik terbesar iaitu Jawa dan Minang. Sementara itu, nama Kampung Rinching Hilir pula diambil bersempena nama Sungai Rinching yang merentasi dan menjadi sempadan antara Batu 5 dan Batu 3. Pada suatu ketika dahulu, Kampung Rinching Hilir sering dilanda banjir di kawasan rendah dan berpaya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi  apabila Jabatan Parit dan Saliran mengambil alih kerja pembersihan dan pemantauan sungai.